Source: https://mt.m2day.org/2008/content/view/1756/84/
Protes tetap anjur perhimpunan di KLCC esok PDF Print E-mail
Posted by admin
Friday, 25 January 2008 11:40
(Harakah) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) tetap akan meneruskan hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan di KLCC esok.
Menurut salah seorang jawatankuasa Protes, Tian Chua, tiada sebarang perubahan terhadap perancangan yang dibuat sebelum ini meskipun berdepan dengan tindakan polis jika mereka meneruskan rancangan tersebut.
"Sudah menjadi suatu kebiasaan, apabila setiap perhimpunan hendak dianjurkan polis akan mengeluarkan ancaman dan ugutan kepada kami, sedangkan ia adalah perhimpunan aman dan kami telah memohon permit, tapi tetap ditolak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Tian yang juga merupakan Ketua Penerangan KeADILan menjelaskan, perhimpunan yang akan dianjurkan pada jam 3 petang ini tidak mengganggu sesiapa serta dibuat dalam keadaan aman tanpa sebarang unsur keganasan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata pihak polis menganggap perhimpunan yang dirancang itu adalah haram.
Beliau mengingatkan polis tidak akan teragak-agak menahan mereka yang menyertai perhimpunan itu.
Kata Zulkarnain setakat ini polis tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan itu.
"KPN (Ketua Polis Negara) ada terima faks daripada kumpulan ini yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) memberitahu untuk mengadakan perhimpunan.
"Mereka bukan buat permohonan minta permit kerana untuk minta permit mereka kena isi borang-borang tertentu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Kuala Lumpur.
Zulkarnain berkata berdasarkan peraturan itu, polis menganggap perhimpunan yang akan diadakan tersebut adalah haram.
"Kita tak akan teragak-agak tahan mereka yang terlibat mengikut Seksyen 27 (8) Akta Polis kerana menghadiri perhimpunan," katanya.
Beliau berkata polis juga akan menutup jalan di sekitar kawasan KLCC dan Jalan Ampang, selain meletakkan anggota untuk menjaga keselamatan di kawasan itu pada hari berkenaan.
Protes yang turut menghantar faks serupa kepada organisasi media menyatakan perhimpunan itu dibuat untuk membantah kenaikan harga barang keperluan.
Comments (4)Add Comment
...
written by ibabonma, January 25, 2008 14:22:50
Perlembagaan kata perhimpunan aman tidak memerlukan permit, jadi makluman melalui fak adalah memadai dan memenuhi kehendak undang-undang. Berlonggok dan melepak dimana-mana padang sesudah bersukan, umpamanya, tidak memerlukan permit sungguh pun polis kata berhimpun lebih dari 5 orang menyalahi Sec 27 Akta Polis.
Ini menunjukkan peruntukkan tersebut mencabuli hak rakyat berkumpul secara aman. Malahan kenduri kawin pun boleh diibaratkan sebagai perhimpunan haram, kalau Polis nak buat dajal! Kalau nak ikutkan peraturan polis, sebenar-benarnya, setiap kali rakyat berhimpun lebih dari 5 orang - MESTI ADA PERMIT, kalau tidak tagkap! tangkap! tangkap! Macam itu ke keundang-undang Malaysia dikacamata Polis.
Kalau begitu patutlah ramai polis-polis pencen, apabila bergaul dengan masyarakat langsung tidak menampakkan kebijaksanaan mereka dan tidak boleh diharap langsung untuk membimbing masyarakat.
Malahan ada pegawai kanan mereka yang langsung tidak dapat membezakan diantara 'peraturan mengtadbir' dengan 'perlembagaan' - dalam satu-satu pertubuhan atau persatuan. Bengap betul!
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by Thomas47, January 25, 2008 16:15:11
Seiap tindakan bermula dengan niat. Jika niat itu baik dan ikhlas, teruskan sajalah.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Blackhand, January 25, 2008 18:31:37
mmg btul apa yg dikatakan oleh ibabonma, mmg hak asasi rakyat dicabuli selama 50 tahun.
Polis di mata rakyat cuma tahu mencekup duit rakyat dalam bentuk duit kopi dari road block haram ke atas orang kampung, mahupun pelajar university pun diperlakukan sebegini. bentang2 student kemasukkan wang dari ptptn sudah masuk. So road block haram pun mula beroperasi.
nak raya cina ni, lagi lah banyak road block haram dijalankan lebih kerap dan banyak.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by back2future, January 25, 2008 19:10:29
tian chuah , hope u not in the second batch ISA list .........
report abuse
disagree 1
agree 0
Write comment