Majlis Perayaan Tahun Baru Cina KeADILan (26 Jan) PDF Print E-mail
Posted by admin
Friday, 23 January 2009 17:19
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan mengadakan Majlis Perayaan Tahun Baru Cina pada 26 Januari (Isnin), bersama Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan seluruh barisan pimpinan parti.
Berikut ialah butiran program rumah terbuka Tahun Baru Cina:
Tarikh : 26/1/2009 (Isnin)
Masa : 1.00 pm – 3.00pm
Tempat : Dewan Persatuan Hokkien Klang
Dalam majlis tersebut, Presiden Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali akan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada keluarga fakir miskin.
Ketua Penerangan KeADILan Selangor Datin Paduka Tan Yee Kew selaku pengarah program juga akan memberikan ucapan aluan dalam majlis perayaan Tahun Baru Cina yang pertama kalinya dianjurkan sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor itu.
Selain ucapan daripada pemimpin utama parti, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan. Makanan juga akan dihidangkan.
Untuk maklumat yang lanjut, sila hubungi saudara Yong 019-2408227.
BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT
Comments (3)Add Comment
...
written by onnetline, January 23, 2009 17:34:16
I'm happy that BN has made this PKR festivity celebration possible.
Slowly but surely, the Putrajaya International Convention Centre next !
report abuse
disagree 2
agree 12
...
written by Chavin, January 24, 2009 09:33:27
Happy Lunar New Year and Happy Holiday everyone. Drive carefully
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by AUTAR, January 24, 2009 10:58:48
I m a muslim and not a ameno but we are malaysian. "SELAMAT TAHUN BARU CINA" bagi semua kaum cina di malaysia dan jugak rakyat malaysia yang berbilang kaum.
report abuse
disagree 0
agree 0
Write comment